Majlis Resepsi Syamsul & Puteri Sarah 29 Mac 2014



Selepas majlis persandingan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah di sebelah pihak perempuan ditunda ekoran penyakit demam denggi yang dihidapi Syamsul, terbaru majlis resepsi pasangan tersebut akan diadakan pada 29 Mac 2014 iaitu pada hari Sabtu minggu hadapan di Dewan N'Ndah Mahligai, Shah Alam.

Keputusan untuk meneruskan majlis resepsi berkenaan adalah selepas melihat kondisi kesihatan Syamsul yang semakin sihat. Khabarnya, Syamsul pulih sepenuhnya daripada demam denggi seminggu selepas majlis pernikahan.




Sama seperti pasangan pengantin baru lain, Syamsul dan Sarah juga dilihat telah menghabiskan masa bersama atau lebih tepat berbulan madu di Pulau Pinang. Ia merupakan pra bulan madu mereka sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah pada bulan Ramadan nanti.

Di majlis resepsi itu nanti, keseluruhan majlis adalah bertemakan Arabic Islamic yang mana mendapat sentuhan daripada Ari Wedding Couture.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada 8 Mac lalu bertempat di Masjid Al Mukarramh, Bandar Sri Damansara.

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan serentak dengan adik Syamsul iaitu Syafiq pada April nanti.

Saksikan momen-momen indah sekitar majlis pernikahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan wanita pilihan hatinya, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, baru-baru ini.


Biarpun ketika itu Syamsul menghidap demam denggi, majlis tersebut tetap berjalan seperti yang dirancang. Namun, majlis resepsi disebelah malamnya terpaksa dibatalkan berikutan kesihatan Syamsul yang tidak mengizinkan.

Jom Saksikan video berikut:

Previous Post Next Post