Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat



"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta. Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Saya agak gementar untuk memperkenalkan Tunku Nadzimuddin kepada pihak media. Maklumlah apabila mengenang kembali apa yang terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini. Tapi apa yang harapkan semoga semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu. Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama."

Penyanyi dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim telah mengaku kepada media yang dia kini sedang bercinta dengan seorang jejaka Melayu berstatus kerabat diraja, Tunku Nadrzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, sejak tiga bulan lalu. Kalau nak tahu, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar adalah salah seorang cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10. Wow, bestnya.




Sarimah Ibrahim ditemui media ketika sidang media kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) anjuran stesen radio Mix FM. Menariknya, Sarimah akan hadir dan ditemani oleh buah hatinya di majlis makan malam ini. Kempen #DSS yang diperkenalkan stesen Radio MIX FM bagi memberi laluan kepada pendengar untuk menyertainya dan pemenang berpeluang untuk makan malam bersama Sarimah Ibrahim.

Menurut penyampai radio Mix FM ini, keikhlasan Nadrzimuddin membuatkannya terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama. Walaupun kekasihnya itu mempunyai latar belakang daripada golongan diraja, namun Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang ringkas dan peramah.

Bercakap kepada mStar online, Sarimah berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

Sarimah sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berbangsa Australia, Amir Andrew Browning Abdullah namun bercerai pada tahun 2009. Sarimah juga pernah menjalani hubungan cinta dengan jejaka kelahiran Perancis bernama Guillaume, bagaimanapun terputus di tengah jalan.

Previous Post Next Post