Misi Hatta Dolmat Mencari Model Lelaki Kini Bermula



Bermula dengan idea bagi mencari kelainan dalam pemilihan wajah model lelaki untuk sesi fotografi koleksi fesyen miliknya pada awal tahun ini, pereka fesyen Hatta Dolmat mula memperkembangkan idea bernasnya itu.

Selama dua minggu pencarian, kini masanya hampir tiba apabila sesi ujibakat bagi pencarian wajah untuk koleksi pakaian lelaki Him by Hatta Dolmat bakal diadakan esok di butik pereka fesyen itu di Shah Alam.

Bercakap kepada portal ARTISMELETOP sebentar tadi, Hatta Dolmat berkata proses bagi mencari wajah untuk koleksi ready to wear miliknya itu kini semakin sampai ke kemuncak selepas pihaknya menerima puluhan penyertaan daripada orang awam.

“Daripada penyertaan yang kami terima itu, mereka telahpun kami hubungi menerusinya kiriman email dan seterusnya mereka perlu menghadiri sesi ujibakat pada esok dan kemudian barulah proses penjurian serta pengundian akan di buat.




“Peserta yang terpilih akan di undi oleh peminat di laman Instagram iaitu selepas sesi uji bakat dan fotografi. Seterusnya kami juga akan menilainya mereka sendiri daripada barisan juri yang ada untuk memilih 10 peserta terbaik,” katanya.

Tambah Hatta Dolmat, dia sama sekali tidak menyangka apabila hasratnya itu telah mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai apabila begitu ramai yang berminat untuk menyertai pencaraian model lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak mencari model lelaki yang miliki kriteria persis seorang model sejati, tetapi cukuplah sekadar mempunyai raut wajah dan berpesonaliti yang menarik dan paling utama berwajah keMelayuan.

“Saya tak sangka, ramai peserta yang menghantar penyertaan terdiri daripada mereka yang memiliki fizikal badan maskulin. Ianya sama sekali dil uar jangkaan saya.

“Jadi sesi ujibabakt ini saya sifatkan sangat penting untuk membolehkan saya dan pasukan kami bertemu mereka secara dekat sebab adakalanya mereka muungkin hanya kelihatan menarik di dalam gambar tetapi tidak apabila bersua muka,” katanya.

Jelas Hatta Dolmat lagi, sebuah majlis pertunjukan fesyen koleksi pakaian lelaki akan diadakan tidak lama lagi dan di sana nanti seramai 10 peserta terpilih akan berentap sambil menyarungkan persalinan terbaru rekaannya itu.

Tambah Hatta Dolmat, daripada 10 peserta berkenaan, hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih untuk menjadi wajah bagi menjayakan kempen Him by Hatta Dolmat itu.

Koleksi pakaian lelaki pertama rekaan Hatta Dolmat itu terdiri daripada pakaian harian jejaka yang sesuai untuk cuaca masyarakat di negara ini terdiri daripada kemeja-T bulat, jaket, seluar panjang, seluar Bermuda dan banyak lagi.

Kata Hatta Dolmat, dia mensasarkan selepas April ini sebagai waktu untuk dia memperkenalkan koleksi terbarunya itu bersama-sama pengenalan wajah model lelaki Him by Hatta Dolmat.
Previous Post Next Post