Rozita Che Wan Rai Harijadi ke 43



Baru-baru ini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta telah diraikan dalam satu majlis meriah sempena sambutan hari jadinya yang ke 43 tahun pada 9 Mac lalu. Majlis yang diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang, Kuala Lumpur ini hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Berikut ARTISMELETOP kongsikan beberapa foto yang dirakam ketika majlis ini berlangsung. Foto-foto ini adalah ikhsan penasihat media, Sam Kassim yang merupakan salah seorang teman baik Che Ta dan Zain Saidin.







Pasangan ini baru sahaja memberitahu umum bahawa Che Ta kini hamil dan difahamkan kini mereka sedang bercuti atau berbulan madu di Krabi, Thailand. Menurut sumber, ini adalah hadiah Zain buat isteri tercinta.
Previous Post Next Post