Penyanyi dan juga guru vokal, Syafinaz Selamat telah diberi tangungjawab untuk menjadi juri bagi program realiti terbaru Astro ,‘The Band’.
Menurut Syafinaz, dia akan menggalas tugas yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan memberikan fokus terhadap pencarian kumpulan terbaik.
“Saya tahu tugas sebagai juri ini tidak mudah, malah agak berat kerana kami perlu pastikan kami pilih yang terbaik.
“Sebagai juri, sudah pasti saya ingin mencari satu kumpulan yang unik dan lengkap, maksudnya mereka mestilah pandai menyanyi selain daripada menari,” katanya ketika ditemui pada sidang media pencarian bakat baru ‘The Band’ baru-baru ini.
Selain itu, dia juga mahukan peserta-peserta mempunyai kemampuan vokal yang baik selain membuktikan mereka sememangnya layak untuk berada dalam program realiti tersebut.
“Secara keseluruhannya bila kita dengar sahaja ‘The Band’ pasti akan terfikir pasal ‘instrument’, tapi kita tidak boleh lupa bahawa vokal juga merupakan salah satu jenis ‘instrument’ yang hebat.
“Saya tidak mahu nanti orang kata peserta ‘The Band’ ini biasa sahaja…Sebab itu saya mahu cari suara yang berkualiti dan dalam masa yang sama dia juga ada kebolehan yang lain.
“Dalam satu kumpulan nanti mungkin ada yang pandai ‘beatbox’, ‘rapping’ dan sebagainya…Kita tidak tahu apa kemampuan dan kejutan yang bakal para peserta berikan.
“Disamping itu, kami juga mahu mencari ‘band’ yang muziknya masih relevan dengan masa kini,” tambahnya.
Selain Syafinaz, dua lagi nama besar yang turut menjadi juri ialah Datuk Aznil Hj Nawawi dan Yusry Abdul Halim.
‘The Band’ akan mula bersiaran pada Isnin, 31 Mac 2014 di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).
Untuk maklumat lanjut sila layari www.theband.com.my.
Sebelum itu, jom lihat video ini: