"CUKUP- CUKUPLAH memperbesarkan isu ini (kelewatan), isunya hanya kecil pada awalnya tetapi kini telah menjadi besar. Apa yang berlaku adalah satu salah faham dan kami ambil positif daripada apa yang berlaku," pinta ibu Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad yang juga pengurus aktres itu mengenai kenyataan terbaharu Fasha Sandha berkaitan kelewatan anaknya.
Jelas Noor, sebagai ibu dan pengurus, dia bukan mahu membela anak sulung daripada empat adik-beradik itu, namun jika benar anaknya terlewat, kelewatan itu juga berpunca daripadanya.
"Sebagai pengurus, sayalah yang menguruskan jadual anak saya termasuklah soal disiplin. Apatah lagi isu kelewatan ini pertama kali berlaku dan ia sepatutnya tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Sejujurnya saya enggan memberi komen lagi, kerana hal ini juga telah selesai dengan pihak produksi dan pengarah juga ada memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amyra," jelasnya kepada Zass.
Ditebak mengenai perjalanan karier Amyra berkaitan isu ini, Noor berkata : " Alhamdulillah, karier Amyra tidak terjejas dengan isu ini.
"Masih ada syarikat produksi yang minta Amyra untuk 'lock' beberapa tarikh bagi projek terbaru mereka. Malah bagi produksi yang pernah bekerja dengan Amyra sebelum ini, mereka tahu bagaimana Amyra bekerja.
"Cuma saya kesian dengan tunangnya (Dazrin Kamarudin), kerana selepas isu kelewatannya, dia mengakui tawarannya agak terjejas. Tapi bagi saya, rezeki itu di tangan ALLAH SWT," katanya yang berharap isu ini akan berakhir segera.
ARTISMELETOP: Kalau kentut busuk sapa lah yang akan mengaku kan? Belajarlah dari orang senior yang menepati waktu