Erra Beri Reaksi Negatif, Engku Emran Tempah Khas T-Shirt?



Apa yang sudah terjadi di antara Engku Emran dan Erra Fazira sehinggakan aktres tersebut dilihat seperti tidak senang dengan perbuatan seperti memujuk oleh bekas suaminya itu. ARTISMELETOP baru sahaja berbunga hati melihat Engku Emran seperti mahu memujuk bekas isterinya yang cantik itu semula.

Selepas mereka dilaporkan sah bercerai pada 18 Februari lalu memang ada beberapa kali dilihat bekas suami Erra ini cuba mahu memujuknya semula. Yang terkini Engku Emran telah memakaikan Engku Alessya baju yang bertanda #prayformomandayah yang sudah tentunya ditempah khas atau dibuat kerana permintaan seseorang.

ARTISMELETOP cuba meneka, mana nak cari baju sedemikian di kedai kerana kalau mereka menggunakan perkataan mom mesti ia akan lengkap dengan dad atau daddy. Ini mom and ‘ayah’ sudah semestinya ia telah dicetak khusus atas permintaan Engku Emran sendiri bukan? Mungkin ada sesiapa yang tahu dimana baju tersebut ditempah, ARTISMELETOP nak juga buat satu.




Seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan Mstar, Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suaminya dan berharap Engku Emran menghormati privasinya."Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya kepada portal tersebut.

Menerusi gambar tersebut juga, Engku Emran telah mengambil peluang meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Namun begitu jawapan Erra kepada tindakan Emran itu seakan menidakkan tindakan bekas suaminya itu, malah kurang berminat untuk melayan apa yang cuba dilakukan Engku Emran.

Ini dikuatkan melalui respon Erra kepada Mstar yang membawa maksud walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya apabila diminta untuk respon terhadap tindakan bekas suaminya itu.

Kesian pula ARTISMELETOP kepada Engku Emran kalau begini keadaan nya. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Biarpun senang nak ditelan, sedap atau tidak tanggunglah sendiri.
Previous Post Next Post