Shila berentap lagi di China!


Shila Amzah

SHILA Amzah bakal berentap kembali di pentas ‘I Am Singer’ pada 11 April ini namun, kali ini konsepnya berbeza di mana lima finalis ‘I Am Singer’ musim kedua akan berentap dengan lima lagi finalis ‘I Am Singer’ musim pertama.

Malam tersebut sekali lagi akan menyaksikan persembahan hebat dari Shila, yang mana bakal memberikan kejutan terbaru dari segi persembahan dan juga vokal.

Berita ini dimaklumkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music, menerusi sebuah emel petang semalam. Sementara itu, Shila yang ketika ini berada di China, meluahkan rasa amat bersyukur dan teruja kerana sekali lagi akan berentap dalam pertandingan itu.




Jelas Shila, dia juga telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan itu nanti.

“Alhamdulillah, saya berjaya mara ke pusingan kedua ini. Saya akan menyanyi solo dan hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak’.

‘Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi’, katanya.

Sepuluh nama yang akan berentap pada pertandingan ini ialah, Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim pertama dan Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong),

Shila Amzah (Malaysia), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) yang merupakan 5 finalis ‘I Am Singer’ musim kedua.

TRIVIA Pertandingan:

- Minggu 7 : Shila mula menyertai I Am Singer -‘Xiang Ni De Ye’ dan mendapat tempat kedua (2).
- Minggu 8 : Shila mendapat tempat keempat -‘Zui Chang De Dian Ying’.
- Minggu 9 : Shila mendapat tempat ketiga -‘Listen’.
- Minggu 10 : Shila mendapat tempat ketiga -‘Forever Love’.
- Minggu 11: Shila mendapat tempat pertama -‘Rolling In The Deep’.
- Minggu 12 (minggu separuh akhir): Shila mendapat tempat keenam -‘Yang Chong’.
- Minggu 13: Shila berjaya mara ke minggu akhir.
Previous Post Next Post