Azwan Kombos Pernah Suruh Hefny Sahad Undur Diri



"Perkara pun sudah berlalu. Hampir sebulan saya tidak berkomunikasi dengan Nad Zainal. Jadi perasaan yang ada semakin pudar. Saya akui, saya rasa kecewa, tetapi bukan sebab Nad menjalinkan hubungan dengan Hefny Sahad, tetapi saya kecewa kerana kini Nad sudah tiada dalam hidup saya. Saya terima semuanya dengan redha," ujar bekas teman lelaki Nad Zainal, Azwan Kombos apabila diminta mengulas tentang hubungan cinta Nad dengan Hefny Sahad.

Menceritakan apa yang sebenarnya terjadi, Azwan mendedahkan bahawa sebelum Nad mengesahkan dia tidak mempunyai hubungan lagi dengan Azwan menerusi program Melodi di TV3 pada 1 Mei, Nad ada menunjukkan 'screenshot' kiriman mesej yang dihantar oleh Hefny kepadanya yang berunsurkan 'flirting'.






"Apa yang boleh saya cakap masa itu, saya katakan kepada Nad, jangan melayan mesej yang dihantar oleh Hefny. Bagi saya, perkara itu normal dalam sesebuah hubungan apabila ada pihak lain yang mahu mencuba. Saya tak boleh halang tetapi perkara itu telah terjadi pun sekarang," katanya lagi.

"Saya pernah cakap dengan Hefny supaya jangan masuk campur dan sila undur diri daripada hubungan saya bersama Nad. Hefny katakan hubungan dirinya bersama Nad hanya teman sahaja dan dia tidak akan undur diri selagi Nad tidak undur diri. Bila Hefny katakan begitu, saya nak buat apa lagi. Takkan saya nak belasah dia pula.






"Semua orang boleh jangka perkara ini. Selepas ini, saya mahu fokus kepada kerjaya lakonan. Saya bakal muncul menerusi drama 'Geng Kampung Pisang 2' yang akan disiarkan pada bulan Ramadan ini di TV9 dan saya baru sahaja selesai penggambaran filem 'Juvana 2'," ujar Azwan mengakhiri perbualan.
Previous Post Next Post