Mas Khan kawan rapat Lana



MAS KHAN dan Lana Nordin tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih, sebaliknya mengharapkan hubungan mereka baik.

SELEPAS berakhir cinta kilat antara Lana Nordin dan Johan As’ari, pelakon yang berasal dari Sarawak itu sering memuat naik foto bersama seorang pelakon baharu bernama Mas Hidzhir Khan, 20-an di laman sosial Instagram miliknya.

Malah, dalam beberapa acara hiburan tempatan juga kelibat Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, sering dilihat hadir bersama pelakon lelaki yang menggunakan nama komersial Mas Khan itu.

Kesempatan bersua dengan Lana dan Mas Khan ketika majlis pelancaran produk fesyen kosmetik Airish Miracle di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, ARTISMELETOP! segera mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka. Ikuti temu bual berikut.






ARTISMELETOP!: Sering dilihat bersama dan Mas Khan juga ada mengisi ruang foto akaun Instagram Lana, apakah sebenarnya hubungan kalian berdua?

LANA NORDIN: Saya sedang berkawan rapat dengan Mas. Kalau betul saya bercinta dengan dia, saya akan beritahu. Sejujurnya, saya enggan meletakkan status bercinta dalam hubungan kami. Jodoh itu kuasa Allah, kalau perkara ini tidak menjadi kelak, saya tidak mahu timbul kata-kata kurang enak. Lagi pun, tak salah saya berkawan dengan dia. Biarlah kami rapat sebagai kawan dahulu, jadi kalau betul kami tiada jodoh, kami boleh terus berkawan.

Sejak bilakah anda dan Mas Khan benar-benar rapat?

Pertama kali kami berjumpa lebih kurang setahun lalu di sebuah restoran mamak tapi tidak pernah bercakap sehinggalah bulan lepas kami mula digandingkan bersama dalam filem Biasan arahan Sandosh Kesavan.

Kecundang dalam kisah percintaan sebelum ini, adakah perkara itu membuatkan anda serik untuk mengaku bercinta?

Saya tidak mahu fikir tentang kisah cinta sebelum ini dan tidak mahu sama sekali kontroversi itu menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki lain. Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki yang sesuai dijadikan suami. Kalau takdir saya berkahwin pada usia 40 tahun, saya akur. Saya sendiri perlu berpijak di bumi yang nyata jadi masyarakat pun tidak akan menghentam kalau hubungan ini tidak menjadi. Biar kali ini orang kenal saya sebagai Mazlina bukan lagi Lana yang tenggelam dengan kontroversi.

Apakah kriteria yang ada pada Mas Khan yang membuatkan anda terus berkawan rapat dengannya?

Walaupun dia masih muda tapi dia seorang yang berfikiran matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Malah, dia pun tidak ambil pusing mengenai kisah kontroversi saya sebelum ini. Dia terbuka dan senang bergaul dengan teman-teman rapat saya. Persamaan ada, dia gila dan saya gila.
Previous Post Next Post