Pasukan pilihan bintang Bollywood, SRK



DEMAM bola bukan sahaja menyelubungi para penyokong negara yang bertanding di Piala Dunia 2014, malah ia turut tersebar ke serata dunia termasuklah dalam diri bintang Bollywood yang mengikutinya.

Sempena kempen kejohanan paling berprestij itu, beberapa nama besar industri Bollywood tidak ketinggalan menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan yang diminati selain masing-masing mempunyai ramalan tersendiri mengenai pasukan yang bakal menjuarai edisi kali ini.






Shah Rukh Khan

Aktor tersohor Shah Rukh Khan (SRK) memilih pasukan tuan rumah iaitu Brazil untuk bergelar juara keenam kejohanan memandangkan bintang pasukan itu, Neymar disifatkan sebagai pemain terbaik yang pernah ada dalam kesebelasan utama pasukan Samba itu.

Berdasarkan status yang dimuat naik di laman Twitter miliknya, SRK mengatakan bahawa dia akan cuba mengikuti setiap perlawanan pasukan kegemarannya dan berharap Brazil akan mara ke peringkat akhir kejohanan.
Previous Post Next Post