Siti Saleha Bersedih



PERKENALAN dia dengan Nabil tak lama tetapi mesra. Sempat menghabiskan penggambaran drama bersiri Manis yang disiarkan di Astro Ria.

Nabil yang juga merupakan adik kepada pelakon Lydya Ibtisam meninggal dunia akibat kanser di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Bagi yang kurang kenal dengan Nabil, dia adalah pelakon baru dan juga model iklan KitKat yang menggandingkannya dengan M. Nasir satu ketika dahulu.

Iklan yang menggambarkan M. Nasir sebagai Hang Tuah itu begitu diminati kebanyakan peminat kerana menerapkan konsep yang berlainan dengan iklan yang ada sebelum ini.

Sudah pasti kesedihan ini turut dirasai oleh Siti Saleha yang juga merupakan pelakon utama untuk drama bersiri Manis yang baru ditayangkan setiap Rabu.

Menyifatkan Nabil sebagai seorang sahabat yang begitu baik ketika di lokasi penggambaran, Saleha tidak menafikan perasaan sedih dan sayu tatkala menerima berita yang begitu menghibakan.






"Saya tak pernah tahu pun dia ada sakit kanser sebelum ini. Semasa penggambaran pada Mei lalu saya memang perasan mukanya sedikit pucat dan menganggap itu perkara biasa sahaja.

"Tak sangka pula apabila ada antara kawan-kawan baik kami menelefon memberitahu yang Nabil sudah meninggal dunia. Mungkin ini kehilangan yang cukup dirasai apatah lagi drama Manis baru sahaja ditayangkan.

"Sampai sekarang saya masih tak dapat menerima kenyataan yang Nabil sudah tiada. Rasanya masih segar dalam ingatan gelak tawanya dan kebaikan Nabil sepanjang penggambaran tersebut," cerita Saleha pada Syed baru-baru ini.

Tak mengapalah Saleha, Tuhan lebih menyayanginya. Buat kita yang masih hidup sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang sudah pergi buat selama-lamanya.

Syed: Apa cerita 'perang' Norman KRU dengan Wings? Tak habis-habis lagi ke?
Previous Post Next Post