Elfira Loy Jurutol jangan tunggu saya


Elfira Loy

“KEPADA semua jurutol, tahun ini jangan tunggu saya ya,” demikian kata pelakon cantik Elfira Loy ketika ke udara melalui segmen sebuah radio tempatan, semalam.

Menurut Elfira, tahun sebelum ini, dia membuat keputusan untuk memberi duit raya kepada jurutol yang bekerja pada hari raya Aidilfitri.

“Saya tak tahu nak beri duit raya pada siapa jadi, saya buat keputusan untuk beri kepada orang yang bekerja pada hari raya.

“Saya bagi duit raya pada jurutol tapi kepada semua jurutol, tahun ini jangan tunggu saya ya,” katanya sambil tergelak kecil ketika mengimbau kenangan Aidilfitrinya.

Pelakon berusia 20 tahun itu juga berkata, dia melalui laluan tunai demi menyampaikan hajatnya itu.




Previous Post Next Post