Glenn rindu berlakon


GLENN ALINSKIE

SETELAH sekian lama menyepi, aktor kacak Glenn Alinskie kini muncul dalam sinetron baharu berjudul Kau Yang Berasal Dari Bintang.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cahaya itu memberitahu, rindunya semakin membuak-buak untuk berlakon semula selepas sibuk menguruskan perniagaan.

"Saya rindu mahu berlakon sinetron kerana dunia lakonan banyak melonjakkan nama saya dalam persada seni.

"Ketika saya memilih untuk berehat daripada industri seni dahulu, ternyata saya amat merindui suasana bekerja di lokasi penggambaran," ujar Glenn yang memulakan karier lakonannya sekitar tahun 2005.

Tambah Glenn, antara saat indah yang sukar dilupakan ialah bekerja bersama kru produksi serta barisan pelakon yang banyak membantu perjalanan kariernya.

Menerusi sinetron Kau Yang Berasal Dari Bintang, Glen menggalas watak Arka, seorang pemuda kaya yang jatuh cinta terhadap gadis bernama Vania (lakonan Nikita Willy). Meskipun cintanya ditolak, Arya tidak berputus asa untuk memiliki Vania.




Previous Post Next Post