Hamil 3 bulan, Syarifah Aleya teruja



TAHNIAH diucapkan kepada penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang kini sedang hamil tiga bulan hasil perkahwinannya bersama Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko pada 11 Januari lalu.

“Alhamdullilah, Saya rasa sangat teruja dengan kehamilan kali ini. Anak-anak saya juga begitu teruja menanti kelahiran adik baru mereka ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bertanya mengapa kandungan saya masih belum besar lagi.

"Setakat ini saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Namun, saya mengidam burger daging yang mempunyai isi yang tebal. Ada ketikanya, hampir setiap hari saya mengajak suami untuk menemankan saya makan burger," ujar Leya yang ditemui di majlis iftar anjuran Hot FM di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Leya telah dikurniakan cahaya mata kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena. Kami mendoakan agar Leya dapat menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan seterusnya melahirkan zuriat yang sihat.




Previous Post Next Post