Pelakon terkenal Indonesia, Marshanda telah dikecam oleh masyarakat apabila dia dikatakan kembali tidak berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani.
Marshanda atau lebih mesra dengan panggilan ChaCha ini juga telah memuat naik beberapa fotonya yang tidak mengenakan hijab di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.
Tindakannya itu telah mencetuskan kontroversi dan membuatkan masyarakat tertanya-tanya selain mengundang kemarahan serta tidak kurang ada yang mengecam dirinya.
Rata-rata masyarakat tidak berpuas hati dengan tindakannya kerana sebelum ini Marshanda telah menggelarkan dirinya sebagai seorang motivator. Selain itu, dia juga sering dilihat memberikan ceramah-ceramah motovisi yang melibatkan pemakaian hijab.
Foto terbaru Marshanda yang mengudang kemarahan
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi sinetron berjudul ‘Solehah’ ini telah memuat naik sekeping foto di Instagram dengan kapsyen yang seakan-akan tidak peduli dengan pemikiran orang lain.
"I dont need you to understand. In fact, i couldn't care less of what you think. My happiness has nothing to do with your approval." tulisnya
Gambar terbaru Marshanda yang menjadi tanda tanya masyarakat
Dalam pada itu, menerusi laporan Okezone.com, isu hijab tersebut belum dapat dipastikan kerana Marshanda masih belum memberikan kenyataan rasmi.