Selepas kelahiran anak sulung Scha al-Yahya hari ini, pastinya ramai yang akan menantikan pula kelahiran anak sulung pasangan sensasi Rozita Che Wan & Zain Saidin.
Bercakap kepada media semalam, Rozita Che Wan dedahkan yang mereka sudah memeriksa jantina bakal anaknya kelak dan keputusan menunjukkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan, sama seperti pasangan Scha al-Yahya & Awal Ashaari.
Rozita Che Wan juga memaklumkan yang beliau sudah pun membeli persalinan bayi perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertama dengan Zain Saidin.
Bercakap tentang perangai pelik sepanjang kandungan ini, Rozita Che Wan memaklumkan yang beliau mempunyai keinginan untuk makan burger Ramly dan ikan masin di tengah malam.
Rozita Che Wan dijangka bersalin sekitar awal November nanti.
Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 6 bulan sihat sentiasa. Zain Saidin pasti orang paling teruka ketika ini untuk bergelar bapa,