Anne Hathaway sering dikritik



AKIBAT tidak berpenampilan seksi, pelakon tinggi lampai, Anne Hathway sering menerima kritikan daripada orang-orang penting dalam industri perfileman di Hollywood.

Menurut pelakon yang pernah membintangi siri filem The Princess Dairy itu, dia berasa letih setiap kali mendengar keluhan segelintir pihak yang mendakwanya kurang sesuai membawakan sesebuah watak kerana tidak seksi.






“Saya sendiri sudah tidak terhitung kritikan yang diterima kerana tidak tampil seksi, tetapi saya tetap berfikiran positif. Hanya kerana saya tidak mengenakan pakaian yang seksi, itu tidak bermakna saya tidak boleh memegang watak penting dalam filem.

“Saya seorang pelakon. Saya mampu mengubah karakter untuk setiap filem lakonan saya. Itu sudah menjadi kerja saya,” luah Anne mempertahankan prinsipnya.

Anne pernah mencetuskan kontroversi apabila dia menurunkan berat badannya semata-mata mahu menzahirkan watak pelacur bernama Fantine dalam filem LesMisérables.

Menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram, Anne juga begitu komited dengan watak tersebut sehingga sanggup memotong pendek rambutnya menerusi sebuah adegan dalam filem itu. Hasilnya dia menerima pelbagai pengiktirafan dunia hasil lakonan cemerlangnya itu termasuklah menerima Oscar menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.


Previous Post Next Post