ZIHA (tengah) di samping pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail.
SUDAH berminggu-minggu Mizz Lahar tak pedulikan Akademi Fantasia 2014 (AF2014), tapi bila dengar kawan-kawan bercerita dan makcik jual nasi lemak depan pintu pagar rumah Mizz Lahar pun kepoh bercerita pasal AF sampai berbuih mulut, Mizz Lahar mula terfikir, ada bagus juga Mizz Lahar ambil peduli.
Nak cerita kat sini, bukannya Mizz Lahar tak suka program realiti, tapi maklumlah sahajalah hari minggu, jadual kerja bertukar jadi jadual usung perut ke kenduri sana-sini, saudara-mara kena layan juga, yelah, kenalah jaga hati. Orang dah jemput, wajib munculkan diri.
Dalam sibuk-sibuk, Ahad lepas Mizz Lahar sempat loloskan diri daripada sesi borak anak-beranak. Alang-alang tersampai awal kat rumah, buka TV tertengok AF2014, cantiklah. Mizz nak tengok Ewal, sebab ramai yang kata Ewal tu bagus. Tunggu punya tunggu, ternampak budak yang menyanyi lagu Angan-Angan semasa konsert AF2014 yang awal-awal punya. Mizz ingat, namanya Ziha. Kalau tengok kepada gaya menyanyi masa dahulu, memang dah lama dah patut Ziha terkeluar.
Tapi, minggu lepas, bukan Datuk Ramli MS sahaja yang kata Ziha bagus, Mizz Lahar awal-awal lagi nak nangis sebab Ziha dah boleh menyanyi, walaupun manja-manja. Baru nak manja-manja undi Ziha, tiba-tiba dia pula yang diumumkan tersingkir.
Bagi Mizz pula, kalau Mizz seorang penerbit drama yang pantang nampak artis molek untuk dijadikan pelakon, Mizz terus akan panggil Ziha berlakon. Mizz juga pasti, dengan wajah ala-ala Yana Samsudin versi remaja itu, Ziha yang berasal dari Johor sama macam Yana itu akan jadi pelakon. Alang-alang David Teo pun dah bagi isyarat, apa lagi, bagi watak hantu satu kat Ziha! Macam zaman awal Wawa Zainal dulu-dulu.
MIZZ LAHAR: Tak suka ada pihak yang gunakan nama persatuan orang lain untuk kepentingan peribadi.