Penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani meluahkan rasa marahnya terhadap sebuah syarikat penerbangan Indonesia hanya kerana dia tertinggal penerbangan.
Katanya, dia tidak berpuas hati apabila tiada timbang rasa daripada syarikat penerbangan itu termasuk juruterbang untuk mengambil kira faktor kelewatan penumpang.
Perkara itu dikongsi sendiri komposer berusia 42 tahun itu menerusi akaun laman sosial Twitternya.
“Ada kemalangan di jalan raya menyebabkan kesesakan yang amat teruk. Mengapa juruterbang tidak boleh faham keadaan penumpang setia kelas bisnes. Jika kumpulan Dewa tidak membuat persembahan malam ini, semuanya salah juruterbang,” tulis Ahmad yang dikatakan mahu berlepas ke bandar Malang, Jawa Timur Indonesia.