Ashlee Simpson hamil anak pertama


ASHLEE SIMPSON

BARU sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Ogos lalu, penyanyi cantik, Ashlee Simpson dan suaminya, Evan Ross bakal memiliki sebuah keluarga yang lebih lengkap pada tahun depan apabila Ashlee dilaporkan mengandung.

Perkara itu dikongsi mereka apabila mengakui mengharapkan untuk memiliki cahaya mata pada tahun depan seperti yang dilapor E! News.

Sebelum ini, Evan pernah memberitahu, bahawa dia mahu memiliki anak yang ramai bersama Ashlee.

“Saya mahukan kehidupan bahagia dengan memiliki anak seramai boleh,” ujar bintang The Hunger Games berusia 26 tahun itu.

Penyanyi berusia 30 tahun itu sebelum ini dikurniakan seorang anak, Bronx Mowgli yang kini berusia enam tahun.



Previous Post Next Post