Hazama: Saya bukan pelawak



BUKAN sahaja hebat dalam bidang nyanyian dan lakonan, siapa sangka Hazama juga mampu berlawak dengan baik.

Penampilannya sebagai artis jemputan di pentas Maharajalawak Mega baru-baru ini menerusi persembahan Nabil Ahmad benar-benar menghiburkan.




“Mungkin saya seorang yang ceria dan aura itu sampai kepada mereka. Memang ada orang cakap saya seorang yang lawak, tapi saya tidak akan menjadi seorang pelawak.

“Persembahan tempoh hari pun kerana saya di undang oleh Nabil sendiri dan bagi saya melawak bukanlah dalam bidang saya.

“Apa yang lawaknya mengenai persembahan itu mungkin kerana jalan ceritanya dan bukanlah kerana saya kerana saya bukanlah kelakar pun,” katanya sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Hazama yang turut mengambil bahagian dalam anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) dengan mempertaruhkan lagu Malaikat bakal tampil dengan single terbaharunya ‘Rasa’.

“Selepas tamat AJL29 ini saya akan mula mencari material baru untuk album ke dua. Tapi saya akan cuba keluarkan single terlebih dahulu sebelum gabungkan kesemuanya menjadi sebuah album.

“Selepas lagu Malaikat, InsyaAllah saya akan tampil dengan Rasa yang dicipta sepenuhnya oleh Azlan & The Typewitter.

“Melihat sendiri cita rasa pendengar kini, saya yakin Rasa mampu mendapat tempat dihati mereka. Lagi pun lagu ini memang sesuatu yang istimewa kerana saya sendiri tidak sangka Azlan mampu menghasilkan lagu cinta seperti ini,” katanya berseloroh.



Previous Post Next Post