Romie: Hubungan Kami Menjadi Kerana Keluarga, Anak Anak



Hujung minggu lalu nama Hanez Suraya kembali menjadi sebutan ramai ekoran malis pertunangan beliau bersama kekasihnya, Romie Razin Adilha yang mana dianggap ramai sebagai sesuatu yang mengejutkan selepas pengakuan sudah berpisah sebelum ini.

Nyata apa yang terjadi sepanjang tahun 2014 lalu bukanlah penghalang untuk pasangan ini untuk terus bersama dan kini sudah pun bergelar tunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa enam bulan dari sekarang.




Bercakap kepada wartawan Melodi yang dijemput ke lokasi majlis pertunangan mereka, pasangan ini memaklumkan yang mereka bersyukur majlis sudah berlangsung dengan selamat dan berharap ini satu permulaan baik untuk mereka membina hidup baru di masa hadapan.

Romie turut menambah yang selepas kes penceraian selesai, beliau terus melamar Hanez Suraya secara serius dan hubungan mereka menjadi kerana restu keluarga serta anak anak yang semakin rapat dengan pelakon popular itu ketika ini.

“Pada awalnya Hanez berkeras untuk tidak meneruskan hubungan ini namun kerana sokongan keluarga saya akhirnya dapat memulihkan hubungan ini dan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan — ramai yang terkejut”

“Hubungan jadi kuat kerana keluarga malah anak anak saya terlalu rapat dengan Hanez, dua bulan saya putus dengan Hanez, anak anak sering bertanya Hanez di mana,” ujar Romie.

Anda boleh menonton keseluruhan temubual bersama pasangan Hanez Suraya dan Romie melalui video di atas dan ribuan tahniah kami ucapkan untuk pasangan ini. Kahwin nanti pastinya akan lebih meriah dan dinantikan ramai.



Previous Post Next Post