Hak penjagaan tiga anak penyanyi Awie kini diserahkan kepada isterinya, Rozana Misbun selepas Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam membatalkan perintah hak penjagaan anak sementara yang sebelum ini diperoleh Awie.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rozana, 37, untuk mengetepikan perintah itu.
Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk hak penjagaan kekal yang difailkan Awie dibatalkan dan mahkamah memerintahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, membayar kos mahkamah berjumlah RM5,000.
Sementara itu, dalam prosiding terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam Awie mendedahkan yang anak guamnya mempunyai bukti kukuh yang isterinya Rozana Misbun mengamalkan perkara syirik dan khurafat.