Lisa, Yusry guna khidmat pengawal keselamatan



RASANYA belum terlambat untuk Artis Meletop ucapkan tahniah kepada pasangan popular, Yusry KRU dan Lisa Surihani kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Lama juga Lisa dan Yusry menunggu untuk dapat anak dan harapan mereka makin cerah apabila Lisa telah pun hamil. Berapa bulan, tidaklah pula Lisa dan Yusry bagi tahu semua orang, yang penting, perkara itu masih baharu.

Tak sabar nak tengok anak Yusry main-main dengan anak Erra Fazira. Eh, ke situ pula.

Apa yang Artis Meletop nak cerita bukanlah pasal Lisa mengandung atau konon-kononnya anak dalam kandungannya itu kembar, tapi ini tentang penjagaan rapi Yusry terhadap Lisa. Isteri mengandung, mestilah suami menjadi orang paling bahagia dan dalam masa yang sama, risaukan keselamatan isteri.



Mungkin sebab terlalu risau takut sesuatu terjadi pada Lisa, Artis Meletop dapat cerita, ketika hadir pada Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini, dia telah dikawal ketat oleh empat orang pengawal keselamatan.

Tidak tahulah pengawal keselamatan itu dilantik oleh Yusry ataupun disediakan oleh pihak Astro untuk keselesaan mereka ketika hadir pada majlis anugerah berkenaan

Kawan Artis Meletop, Rogayah Lavista yang terserempak dengan pasangan itu tumpang cuak melihat Lisa dan Yusry dikawal sebegitu rupa.

Mungkin Yusry takut Lisa diserbu atau digosok-gosok perutnya oleh peminat kerana teruja dengan kehamilan yang ditunggu-tunggu selama ini. Bahaya juga untuk kandungan Lisa. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik bersedia. Cuma satu perkara, Artis Meletop rasa peminat di Malaysia semua berhemah, dah tahu Lisa mengandung, janganlah serbu atau sergah-sergah pula tau.

Previous Post Next Post