Pelakon Enot Amal Rawatan Gaya Jepun Untuk Pulih Daripada Kanser



Pelakon Enot mengakui kian pulih mengubati penyakit kanser usus tahap dua yang dihidapinya tahun secara alternative selain mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, dia berjaya mengubati penyakitnya itu ketika membuat lawatan ke negara Jepun dan kini kembali bekerja serta menjalani kehidupan seperti biasa dengan menjalakan perniagaan ‘Car Boot Sales’.




“Secara keseluruhan saya belum lagi sepenuhnya bebas daripada kanser tersebut tetapi melihat kepada perkembangan tahap kesihatan saya kini ia kian pulih. Saya mendapatkan rawatan secara alternatif dan Alhamdulillah ia menunjukkan keputusan yang baik.

“Selain daripada itu saya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat menerusi pemakanan yang saya ambil seharian. Saya pelajari cara ini ketika ke Jepun tahun lalu dan belajar dengan orang disana gaya pemakanan untuk mengurangkan risiko didatangi pelbagai penyakit.

“Bila dah kat sana 11 hari nak tak nak kena juga ikut cara pemakanan mereka dan Alhamdulillah ia membantu memulihkan tahap kesihatan saya.

“Selain itu saya juga minum susu Yakult setelah disyorkan dapat membunuh sel seperti kanser yang ada dibadan selain menguatkan tulang. Terbukti gaya pemakanan lebih sihat dapat membantu saya melawan kanser dan memulihkan kesihatan saya,” jelas Enot.

Enot kini giat menjalankan perusahaannya seperti ‘Enot Cookies and Cake’ selain sos lada hitam dan pelbagai lagi yang dipasarkan pelakon ini.



Previous Post Next Post