Sarimah Ibrahim Umum Bakal Nikah Tunku Jamie April Ini



Bagaikan seperti mahu mengkikut jejak langkah rakan-rakan selebriti yang akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini, Sarimah Ibrahim yang merupakanpenyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio mengumumkan bahawa dia akan bernikah pada 2 April depan.

Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu memilih cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) sebagai bakal suaminya dan kini Sarimah sedang sibuk menyediakan persiapan perkahwinan.

“Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam”

“Majlis resepsi itu dibuat untuk keluarga sebelah ibu saya. Setakat ini sudah 70 peratus siap persiapan kahwin kami,” ungkap Sarimah yang telah mengikat tali pertunangan pada 27 September tahun lalu selepas sembilan bulan berkenalan.




Apa yang menarik, perkahwinan kali ini bukanlah kali pertama buat pasangan ini. Sarimah sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Manakala Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan sembilan bulan lalu.



Previous Post Next Post