Ben Affleck, Jennifer Garner bakal cerai?



Menjadi satu berita yang mengejutkan apabila pasangan romantik, aktor Ben Affleck dan aktres Jennifer Garner dilaporkan sedang dalam fasa perceraian.

Kisah perpisahan mereka menjadi spekulasi selepas beberapa majalah dan tabloid di Hollywood melaporkan bahawa pasangan itu sudah tidak lagi tinggal sebumbung.


Malah, Affleck dikatakan tidak menyambut ulang tahun kelahiran Garner yang ke-43 pada 17 April lalu. Dia sebaliknya bercuti ke Kanada dan menghabiskan masa bersama ibunya. Garner juga dilaporkan sudah mula bercerita tentang rumah tangganya yang sudah tiba ke penghujung.

Namun sehingga kini, baik Garner mahupun Affleck, kedua-dua pelakon itu belum pernah memberi sebarang kenyataan bagi mengesahkan spekulasi perceraian mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 2005. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, 9, Seraphina, 6, dan Sam, 3.

Previous Post Next Post