Fauziah Latiff Bakal Nikah Duda Dan Umum Tarikh Nikah Kelak



Menerusi ruangan Hits di Utusan Malaysia baru-baru ini, Fauziah Latiff kini mengakui dia sedang membilang hari untuk kembali mempunyai komitmen terhadap kehidupan berumahtangga pada tahun ini jika segalanya berjalan lancar.


“Mahu cakap waktu terdekat itu, saya pun tidak berani juga. Tetapi perancangannya, memang pada tahun ini juga,” jelasnya yang menyatakan bahawa dia kini sudah bersedia untuk memegang status isteri tidak lama lagi.

Selain itu, Fauziah Latiff atau lebih mesra dipanggil Jee turut memberi bayangan bahawa lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti adalah seorang duda dan antara sebab kenapa dia jatuh hati kepada individu berkenaan adalah kerana sikapnya yang ringkas.

Selain itu, penyani ini juga mengakui akan berkongsi tarikh perkahwinannya nanti apabila tiba masa yang sesuai sambil menyatakan bahawa dia tidak akan banyak berubah selepas berkahwin dan masih akan menyanyi dan menunggang motorsikal berkuasa besar.

Previous Post Next Post