Benar Isteri Pakai Seksi, Awal Ashaari Ditegur Peminat



Kehadiran Awal Ashaari bersama Scha al-Yahya ke sebuah majlis fesyen baru-baru ini mendapat perhatian apabila ada peminat yang menegur pengaraca tersebut kerana membiarkan isterinya berpakaian seksi.



Malah ada yang menyifatkan Awal sebagai seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berpakaian menjolok mata untuk dijadikan tatapan umum. Sedap sangat mulut bercakap lepas, bukan? Malah ada juga yang menyatakan agar mendoakan yang terbaik adalah lebih baik daripada menjadi pengkritik tegar di laman sosial.


Awal sendiri juga dalam masa yang sama turut menyatakan menghargai peminat di atas apa yang mereka suarakan selain memberitahu bahawa sesiapa yang ingin menegur, boleh berbuat demikian melalui alamat emel yang ditinggalkan.

Apa boleh buat, selaku pelakon dan juga selebriti, mungkin ini adalah antara nilai yang perlu pasangan ini bayar. Mungkin juga pengkritik di laman sosial boleh menegur mereka di jalanan juga di samping memperbaiki diri sendiri, bukan?

Previous Post Next Post