Siti Nurhaliza nafi dirinya hamil



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menafikan dakwaan beliau kini sedang hamil.

Penafian itu dibuat selepas sebuah laman portal menyiarkan perkara itu menerusi satu laporan berita.


“Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Terdahulu, laporan berkenaan menyebut, Siti Nurhaliza telah hamil dan berita itu dikongsi sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid ketika majlis perkahwinan pemuda itu yang berlangsung minggu lepas.

Desas desus mengenai perkara itu timbul apabila Siti Nurhaliza menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar segelas minuman hasil ramuan susu kambing dan buah kurma yang lazimnya menjadi kegemaran ibu-ibu sedang mengandung.

Previous Post Next Post