
Mawi, 37, berkata dia tidak mengalami sebarang simptom pelik dan hanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Penyanyi, Asmawi Ani atau Mawi dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur, Bangi sejak malam semalam akibat tekanan darah tinggi yang serius.
Mawi, 37, berkata dia tidak mengalami sebarang simptom pelik dan hanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
“Saya ke hospital untuk pemeriksaan rutin, tidak sangka tekanan darah mencanak sampai 200 lalu doktor nasihatkan saya berehat dalam wad untuk pemantauan.
“Saya agak terkejut juga tetapi Insya-Allah, keadaan sudah bertambah baik. Doakan ya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah penyampai radio Zayyan itu lagi, dia mungkin akan berada di dalam wad untuk beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar.
Mawi juga juga tidak pasti apakah punca tekanan darahnya naik kerana keadaan dirinya baik-baik sahaja sebelum ke hospital. -