Syafinaz, Zul Huzaimy Ahli Lembaga Pengarah Aswara baru




PELAKON Zul Huzaimy dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Aswara dalam satu kenyataan mengumumkan tiga pelantikan baharu termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli.


"Aswara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah ASWARA baharu iaitu Tan Sri Norliza Rofli, Datuk Syafinaz Selamat dan Zul Huzaimy Marzuki. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mei lalu. Tahniah diucapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aswara pada 2018.

Previous Post Next Post