Demam Denggi Syamsul semakin teruk, nikah Sabtu ni



Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30, semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem KL Gangster itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, 60, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.

"Sekarang ini keadaan Syamsul lebih teruk berbanding hari pertama dia dimasukkan ke hospital. Tambahan pula tekanan darahnya rendah.




"Doktor kata dia memerlukan tempoh kira-kira tujuh hari lagi untuk rawatan. Apa pun, dia tetap akan bernikah dengan Puteri Sarah mengikut apa yang telah dirancang keluarga," jelasnya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Kata Yusuf, jika kesihatan Syamsul masih tidak berubah, dengan izin doktor anaknya akan dibawa keluar dari hospital untuk majlis pernikahannya kelak.

"Dengan kebenaran doktor kami akan bawa dia ke majlis pernikahan dan selepas segala acara selesai, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula," jelas Yusuf.

Majlis pernikahan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.
Previous Post Next Post