Hanez Suraya tidak kisah jika Nurliyana enggan mohon maaf


Pelakon Hanez Suraya hari ini, tidak akan mengambil sebarang tindakan walaupun Nurliyana Abdul Manan enggan memohon maaf terhadapnya.

Kata Hanez, dia sudah malas untuk memanjangkan perkara itu, sebaliknya lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Hanez yang ditemui pada sidang akhbar teater Projek Kahwin di sini, berkata, dalam keadaan sekarang masyarakat lebih senang menyalahkan dia.

Tambah Haniz lagi, dia juga tidak mahu menggunakan media sebagai orang tengah dan menyifatkan tindakan itu tidak lebih seperti membuka aib sendiri.




"Dia (Nurliyana) nak mohon maaf atau tidak, terpulanglah. Saya sudah tidak kisah kerana ketika ini apa sahaja yang saya cakap semuanya tampak negatif di mata masyarakat.

"Saya juga tidak mahu menggunakan pihak media sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut ini. Adalah lebih baik kalau kami bertemu sahaja," katanya.

Nurliyana yang juga isteri kepada Romie Razin Adilha, pada Ahad lalu dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa Hanez Suraya merampas suaminya, Romie Razin Adilha.

Susulan daripada itu, Hanez dan Romie mengadakan sidang akhbar khas semalam, untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.
Previous Post Next Post