Didakwa Berkahwin Secara Senyap, Jue Aziz Gagal Dihubungi



Menerusi laporan sebuah portal beberapa hari yang lalu, pelakon yang mula dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti 'Malaysia's Most Beautiful', Jue Aziz dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap di Indonesia.

Jue didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Indonesia bernama Bayu Daniels yang merupakan seorang ahli muzik yang kerap membuat persembahan di Malaysia.

ARTISMELETOP cuba mendapatkan penjelasan Jue dengan menghubunginya menerusi panggilan telefon. Namun, panggilan terbabit dijawab oleh seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan pembantu peribadi Jue.




Dia meminta agar ARTISMELETOP menghubungi Jue semula kerana pada masa itu, Jue dikatakan sedang sibuk menghabiskan masa bersama keluarganya. ARTISMELETOP cuba menghubungi Jue beberapa kali selepas itu namun usaha ARTISMELETOP gagal.

Diharap Jue dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai perkara ini agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka atau pun fitnah.

Berikut adalah foto-foto yang dimuat naik oleh Jue di akaun Instagram miliknya. Adakah lelaki terbabit adalah suami Jue?



Gambar cincin juga dimuat naik


Previous Post Next Post