Misha Omar Pilih Nikah 2 Mei



Penyanyi popular, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai tarikh pernikahan dengan tunangannya Firos Ezzuwan Rossly. Menurut Musha, tarikh itu menjadi pilihan kerana mahu memenuhi permintaan ibunya yang mahu majlis itu diadakan pada bulan Rejab.

Majlis akad nikah akan diadakan di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada sebelah pagi. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama.




"Majlis pernikahan dan resepsi saya akan diadakan secara sederhana sahaja untuk sanak-saudara dan teman-teman rapat," ujar Misha ketika ditemui di majlis santai bersama pihak media di Kafe Holly Smoke, Shah Alam sebentar tadi.
Previous Post Next Post