Maria hamil empat bulan



MARIA EVA menjadi terkenal ekoran video seksnya dengan bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat tersebar kira-kira lapan tahun lalu. Terbaharu, Maria Eva mengakui sedang hamil empat bulan.

Maria yang sudah lama tidak muncul di layar perak memberitahu, dia sedang sibuk dengan sesi penggambaran filem. Dia kini kelihatan lebih sopan dengan mengenakan selendang.

"Saya memilih untuk tampil lebih tertutup kerana ingin menguasai hati ini. Setelah menyusuri perjalanan yang penuh cabaran saya ingin mempelajari sesuatu yang baharu. Alhamdulillah, saya sudah empat bulan hamil," ujar Maria sambil memegang perutnya ketika ditemui media di Jakarta baru-baru ini.




Ketika ditanya mengenai kesediaan Maria untuk menutup aurat sepenuhnya, dia mengatakan, perkara tersebut tidak boleh dibuat janji. Namun, dia menutup aurat kerana sedang membawa jantung hatinya.

"Saya tidak bisa berjanji untuk menutup aurat sepenuhnya. Saya hanya manusia biasa yang hanya mampu bercita-cita. Biarlah rahsia itu antara saya dan Tuhan," kata penyanyi dangdut yang sebelum ini gemar tampil seksi.
Previous Post Next Post