Elly Mazlein Sedih, Terkilan Tak Sempat Jumpa Arwah Ibunya!



ARTISMELETOP nak ambik kesempatan kat sini untuk mengucapkan takziah kepada pelakon Elly Mazlien yang telah pun kehilangan bonda tercinta pada awal jam 9 pagi Ahad semalam akibat sesak nafas.

ARTISMELETOP dapat tahu Elly Mazlien berasa sedih sungguh dengan kehilangan bonda tercintanya itu, lebih-lebih lagi apabila dia tak sempat berada di sisi wanita yang banyak berjasa di dalam hidupnya itu.

Seorang rakan yang sempat berbicara dengan Elly Mazlien memberitahu bahawa ketika kejadian itu berlaku, pelakon wanita itu sedang sibuk shooting drama dan sebaik saja mendapat tahu kondisi ibunya itu, dia terus bergegas pulang.






Malangnya, sebaik saja tiba, ibunya sudah terlebih dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan keadaan itu membuatkan Elly Mazlien berada sedih dan terkilan sangat.

Kata rakan ARTISMELETOP lagi, Elly Mazlien juga terkejut apabila tahu tentang pemergian ibunya itu yang secara tiba-tiba akibat sesak nafas kerana ketika hayatnya masih ada, arwah hanya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun penyakitnya tidaklah begitu kronik.

Di kesempatan ini, ARTISMELETOP ingin mengucapkan takziah buat Elly Mazlien dan sekeluarga. Mudah-mudahan Allah SWT akan merahmati arwah ibunya dan akan menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al-Fatihah....
Previous Post Next Post