Finalis Kilauan Emas 4 (KE4), Omar Sharif Bin Mat Din atau Arip yang berasal dari Raub, Pahang akui berdebar menanti malam Finale konsert tersebut esok.
Bagaimanapun menurut Arip, dia akan memberikan persaingan sengit kepada rakan-rakan yang juga musuhnya di pentas itu.
“Kami bermusuh di pentas, tetapi sebaik sahaja tamat persembahan kami tetap sahabat. Kami bersaing dengan cara sihat.
“Setakat ini belum pernah lagi saya dengar cerita orang ni dengan dengan orang itu dan sebagainya. Sebaliknya kami semua saling memberi semangat di antara satu dengan yang lain,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Mengulas mengenai kenyataan Zain yang menganggapnya saingan terdekat sepanjang pertandingan ini berlangsung, Arip akui tahu tentang perkara tersebut.
“Zain ada bagitahu kepada saya yang saya ni ‘musuh ketat’ dia di pentas. Saya anggap itu sebagai cabaran buat saya.
“Bagaimanapun saya akan terus memperbaiki kelemahan diri supaya dapat memberikan yang terbaik dan memuaskan hati semua nanti,” ujarnya.
Berkongsi mengenai pengalamannya dalam bidang nyayian, Arip berkata dia mempunyai kumpulan muziknya sendiri dan mereka aktif membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan serta keraian kecil.
“Saya menyanyi di kenduri kahwin sahaja dengan band saya. Tapi kalau pertandingan, ini yang pertama kali.
“Pernah sekali, saya dimarahi bos kerana ponteng kerja dan pergi menyanyi di majlis perkahwinan,” kata pembancuh air ini ketawa.
Kepada peminat dan pengundi Arip, teruskan mengundi jika ingin melihat peserta kegemaran anda ini membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta bernilai RM150,000.
Jom kita imbas kembali persembahan hebat penuh emosi daripada Arip pada minggu separuh akhir KE 4: