Siapa Bakal Bergelar Juara Kilauan Emas 4?



Tinggal lima peserta sahaja lagi yang bakal berentap di pentas akhir Kilauan Emas 4 (KE 4) pada malam ini.

Pada malam ini tema adalah bebas dan kesemua finalis telah diberikan lagu baru untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri tetap Datuk Ramli M.S, Datuk Hattan dan Ziana Zain serta seorang juri jemputan.

Mampukah mereka memikat hati para juri, penonton di Dewan Sri Putra serta menarik undian penonton di rumah?

Sama-sama kita saksikan persembahan mantap mereka malam ini!






Siapa di antara Zain, Ben, Nordin, Nas dan Arip yang bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000?

Teruskan mengundi kerana jika otai kegemaran anda tidak memenangi hadiah utama, dia mungkin berpeluang untuk bergelar naib juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000.

Manakala otai yang berada di tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memperolehi wang tunai RM 30,000 dan 15,000.

Sementara pemenang untuk tempat kelima dan kategori Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000.

Selain lima finalis yang hebat, anda juga akan disajikan dengan persembahan istimewa oleh artis jemputan seperti Datuk Ramli Sarip, Firman, Farawahida, Ella, Ziana Zain, Zamani Slam serta ramai lagi.

Jadi, jangan lupa untuk menonton pentas akhir Kilauan Emas 4 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di kaca televisyen anda bermula 9.30 malamsaluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).

Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap malam Rabu.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.

Terus hantarkan undian anda kerana nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui system pesanan ringkas (SMS).

Seperti biasa, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Jadi, tunggu apa lagi ikuti cara undian seperti di bawah:

Anda hanya perlu taip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.
Previous Post Next Post