Nabil Ahmad seperti kebanyakkan artis lain mengambil pendekatan untuk mengurangkan aktiviti seni hiburan sepanjang bulan Ramadhan namun menurut beliau kali ini merupakan yang pertama untuk beliau dalam masa tujuh tahun banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
Dalam temubual bersama kami juga, Nabil Ahmad menjawab khabar yang mengatakan isterinya Nazirah Ayub kini sudah hamil anak kedua pasangan ini.
Ikut jawapan Nabil Ahmad menerusi video di atas dan harapan beliau untuk menerima cahaya mata lelaki pula selepas ini jika diizinkan Tuhan.