Dakwaan Kekasih Jumpa Bapa Untuk Melamar, Nabila ‘No Komen’


Menerusi artikel yang disiarkan Astro Gempak pada Selasa, kami ada menyebut mengenai spekulasi yang mengatakan Nabila Huda telah dilamar kekasihnya, Bert, pada Syawal lalu.

Bagaimanapun Nabila Huda ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

“Maaf…saya tidak mahu komen…Ada soalan lain?,” jawab Nabila ringkas.

Selain kisah cintanya, Nabila turut ditanya mengenai kontroversi yang berlaku diantara dia dan bapanya Amy Search.






Sekali lagi pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Abil itu mengambil pendekatan untuk membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Sebelum ini Abil pernah memberi kenyataan untuk tidak mengulas apa-apa perkara yang menyentuh mengenai perihal peribadinya untuk tatapan umum.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran filem biografi berjudul Saloma di Saloma Bistro pada Selasa.




Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membawa watak sebagai Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dalam filem biografi arahan Melissa Saila itu.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
Previous Post Next Post