Nasha Aziz suka makan seorang diri


NASHA AZIZ

MEMANG tidak suka makan seorang diri. Jika keadaan memaksa Diva hanya tapau dan makan di rumah. Lain pula dengan sikap pelakon tinggi lampai, Nasha Aziz.

Dia boleh makan seorang diri di gerai sambil diperhatikan oleh orang ramai. Harus dipuji juga perangai Nasha yang selamba itu.






Kata seorang teman Diva, Nasha kuat makan. Dia selalu terserempak melihat model itu makan seorang diri di sebuah gerai di Ampang.

Habis satu hidangan. Pesan lagi hidangan lain. Sampai terpacul perkataan bela hantukah? daripada mulut teman Diva yang becok itu.

Ada juga ketikanya, kata teman Diva lagi, jika ramai sangat orang di gerai tersebut, dia hanya memesan makanan dari dalam kereta dan kemudiannya pekerja gerai akan menghantarnya.

Diva: Felixia Yeap membalas kecaman peminat di Facebook selepas dikeji kerana pernah jadi model majalah Playboy.


Previous Post Next Post