Taman permainan bakal anak Ashton Kuctcher


ASHTON KUTCHER telah menyediakan satu ruangan khas buat bakal anaknya yang akan lahir dalam tempoh beberapa bulan lagi.

NAMPAKNYA aktor Ashton Kutcher memang sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran anak sulungnya bersama Mila Kunis. Salah satu bukti dia sangat teruja untuk menyambut kehadiran orang baharu itu ialah apabila dia sudah membuat persediaan ‘taman permainan’ di dalam rumah buat anaknya!






Menerusi Twitter miliknya, Ashton telah memuat naik satu ruangan di dalam kediamannya di Beverly Hills yang dikhususkan buat anaknya kelak.

Ruangan tersebut kelihatan cukup menarik dan tidak ubah seperti taman permainan.

Terdapat beberapa jenis patung binatang seperti panda dan zirafah, gelongsor, kereta mini serta robot C-3PO yang cukup popular di dalam filem Star Wars.



Previous Post Next Post