PELANTUN lagu As Long As You Love Me ini mengakui dia masih berstatus solo selepas berpisah dengan Selena Gomez.
Jelas Justin Bieber, walaupun ramai yang melihat hubungan mesranya bersama model bernama Hailey, tetapi mereka sekadar kawan sahaja.
"Saya masih belum mempunyai pengganti selepas Gomez dan Hailey pula hanya teman biasa," katanya.
Bieber dan Hailey rapat sejak mereka berusia 13 tahun lagi, namun keduanya menafikan ada hubungan cinta terjalin.