Cinta Won Bin & Lee Na Young Masih Kukuh



Hubungan cinta Won Bin dan Lee Na Young yang dijalinkan tidak pernah mengganggu kerjaya seni mereka.

KETIKA ramai pasangan selebriti Korea akhir-akhir ini memutuskan hubungan masing-masing, namun tidak bagi pasangan pelakon Won Bin dan Lee Na Young yang masih lagi hangat bercinta.

Menurut laporan Koreaboo, sejak menjalinkan cinta pada tahun 2011, hubungan mereka semakin utuh biarpun dilanda pelbagai gosip hangat kononnya pasangan itu sedang bermasalah.




"Cinta Won Bin dan Lee Na ternyata begitu kuat. Mungkin cara mereka yang tidak terlalu mendedahkan hubungan itu membuatkan cinta mereka masih kekal hingga kini," kata sumber.

Dalam pada itu, walaupun bercinta, pasangan itu tidak pernah mengabaikan kerjaya seni masing-masing dan kerana itu ramai penerbit senang dengan cara kerja mereka.



Previous Post Next Post