Leeteuk (SuJu) Jadi Lemah Selepas Sertai Kerahan Tenaga



Tubuh badan Leeteuk semakin lemah selepas sertai kem latihan tentera.

SELEPAS dua tahun terlibat dengan kem latihan ketenteraan, ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk mengakui berasa banyak perubahan pada dirinya.

Leeteuk berkata, fizikalnya menjadi semakin lemah berbanding sebelum dia sertai kem latihan tersebut.




"Kekuatan badan saya semakin lemah dan mudah lelah. Sehinggakan saya tidak sedar bahawa saya lebih banyak mencuri peluang untuk berehat berbanding orang lain.

"Bukan sahaja pada fizikal, fikiran saya juga tidak menentu dan menjadi seorang yang mudah lupa. Entah kenapa, saya tidak pasti," katanya menerusi rancangan One Fine Day yang ditayangkan di MBC Music baru-baru ini.



Previous Post Next Post