Faizul Sany kurang menyerlah?



SELEPAS lebih kurang dua tahun berada dalam industri, Faizul tidak menafikan namanya masih belum kukuh dan terpaksa akur dengan perkara itu.

Tidak mahu menuding jadi pada mana-mana pihak, Faizul bagaimanapun bersyukur kerjayanya sebagai penyanyi masih menyebelahinya.

“Alhamdulillah, semuanya masih berjalan dengan lancar walaupun pergerakan agak perlahan dan ia berlaku bukan salah sesiapa.

“Sejak akhir-akhir ini banyak kejadian yang menimpa negara jadi banyak juga perancangan yang terpaksa diperlahankan tapi pada masa yang sama prestasi saya tidak menurun.

“Album masih terjual dan lagu-lagu pun sering dimainkan di corong radio dan pernah menjadi juara carta. Melihatkan respons itu, bagi saya ia masih dalam keadaan yang terkawal,” jelasnya.




Bagaimanapun, penyanyi berusia 30 tahun ini mengakui tidak kisah jika lagunya lebih popular berbanding dirinya sendiri.

“Selepas tamat dengan AF2013, tahun pertama itu saya banyak habiskan masa dengan kerja-kerja di dalam studio untuk rakaman album dan penulisan lirik.

“Jadi banyak masa tertumpu pada aktiviti seperti itu dan memang jarang muncul di luar. Selepas album siap saya terus tampilkan single ‘Perempuan’ dan tidak sangka pula ia mendapat sambutan.

“Memang ramai yang lebih kenal lagu itu berbanding saya sendiri,” katanya yang mahu lebih serius dalam bidang penulisan lagu.



Previous Post Next Post