Luhan di saman oleh pihak pengurusannya S.M. Entertainment kerana didakwa melanggar kontrak.
SYARIKAT pengurusan artis iaitu S.M Entertainment memfailkan saman terhadap anggota kumpulan EXO iaitu Luhan kerana mendakwa penyanyi berasal dari China itu telah melanggar kontrak yang ditandatangani bersama syarikat pengurusan itu.
Herald Korea melaporkan, Luhan, 24, didakwa membuat kemunculan dalam beberapa filem, iklan dan persembahan di China tanpa kebenaran S.M. Entertainment yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan.
Saman tersebut difailkan pihak syarikat tersebut di sebuah mahkamah di China sebagai respon kepada saman dibuat oleh Luhan terhadap pengurusannya itu.
Dalam saman tersebut Luhan mendakwa S.M. Entertainment membuat kontrak berat sebelah sehingga mendatangkan masalah kepada kerjayanya bersama EXO.
Selain Luhan, EXO turut dianggotai oleh tiga lagi ahli dari China dan empat dari Korea.
Memulakan karier pada 2012, album XOXO terjual lebih daripada 1 juta unit dan menjadikan mereka kumpulan dengan penjualan album terbaik dalam sejarah muzik Korea.